KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO bersedia menyahut cabaran Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan perkhidmatan luar biasa kepada rakyat demi keutuhan parti.
Ketuanya, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata, Presiden turut menegaskan bahawa istilah luar biasa itu harus merangkumi aspek perjuangan, ketaatan dan perpaduan.
Kita sangat teruja dengan istilah luar biasa yang digunakan oleh Presiden, ia telah menaikkan semangat Wanita untuk bekerja keras demi kepentingan rakyat.
"Perdana Menteri mahu kita bantu rakyat apatah lagi pilihan raya semakin hampir, maka seruan itu kita boleh jadikan ia sebagai panduan untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.
Shahrizat seterusnya berkata, Perdana Menteri menyarankan supaya semua ahli Wanita turun padang bertemu sendiri dengan rakyat bagi mendengar segala keluhan dan masalah mereka.
Kata beliau, dengan langkah itu, masalah yang dihadapi oleh rakyat akan dapat diselesaikan secara lancar tanpa gangguan pihak-pihak tertentu.
"Wanita akan bekerja bersungguh-sungguh terutama dalam usaha menyusun jentera dengan lebih strategik," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum,Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Wanita UMNO Bahagian Shah Alam(WUBSA) tidak bertanggung jawab keatas sebarang komen yang tidak memberi sebarang makna atau yang memburuk-burukan keperibadian seseorang juga yang menguris perasaan orang lain.oleh itu WUBSA berhak menghapuskan mana-mana komen seperti yang dinyatakan atau yang seumpama dengannya seberapa segera tampa memberi maklum kepada Penulis komen.
Dengan erti kata lain! Anda buat anda yang harus bertanggung jawab baik dengan undang-undang akhirat mahupun dunia
Hubungi Penulis Blog WUBSA di-wubsa2011@gmail.com
Harap maklum
Sekian terima kasih
....................
Dari moderator WUBSA
Assalamualaikum