Mesyuarat Agong Wanita UMNO Bahagian Shah Alam 2010
Assalamualaikum…
Bismillah..

YB Puan Noriah Kasnon Timbalan Menteri di Kementerian Teknoloji Hijauan merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar dan Ketua Wanita Bhg Sg Besar.
Yg dihormati lagi dikasihi Dato Ketua UMNO Bhg Shah Alam, Dato Ahmad Nawawi yang sentiasa menyokong dan membantu WUBSA berserta Ybhg Datin Hjh Pon Ishak
Sahabat saya YBhg Puan Halimaton Saadiah Borhan Ketua Wanita UMNO Bhg Subang yang hadir sebagai wakil Bdn Perhubungan Wanita UMNO Ng Selangor
Yang dikasihi Pn Marliah Ruhani naib ketua WUBSA serta saf kepimpinan WUBSA
Adinda-Adinda saya Azahari Dato Shaari dan Shuratini Ab Rahman, Ketua Pemuda/Puteri UBSA bersama AJKnya masing2 yang turut hadir.
Jawatan kuasa pengurusan bahagian serta Jawatankuasa UBSA yang telah sudi hadir.
3 orang jejaka yang telah sudi menjadi wakil bahagian ke mesyuarat WUBSA tahun ini di hujung sana Tn Hj Abu Bakar, Ustaz Mohd Badruddin dan Pak Yem
Jemputan-jemputan khas yang sudi hadir pada hari ini iaitu Ybhg Datin Hjh Halimah Reduan dan Ybhg Datin Hjh Niswaty Mantan Ketua Wanita Bhg Shah Alam
Ketua-Ketua, Naib-naib Ketua, Penolong-penolong Setiausaha Wanita Cawangan-cawangan, Para-Para Perwakilan seterusnya hadirin hadirat sekalian
YBhg Dato, Sidang perwakilan seterusnya Hadirin hadirat sekalian
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan segala pujian buat Tuhan Perencana segala kehidupan, sanjungan kemulian milik nabi akhir zaman – Nabi Muhammad saw.
Sesungguhnya kehadhiran kita semua adalah atas gerak dan keizinannya jua, kerana itu setiap saat dan detik nafas yg masuk dan keluar mempunyai makna yang besar buat kehidupan seseorang bagi mereka yang mengerti akan asal usul kejadiannya.
Hadirin sekalian
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat saya yang telah terlalu lama sayay kenal dan kini telah menjadi org besar dan penting didalam kerajaan malaysia tetapi beliau masih macam gitu jugak akrabnya dengan saya, seorang ketua wanita yang amat kerdil ini. Terima kasih YB Noriah Kasnon kerana telah sudi menjadi sahabat dan sudi pula menerima undangan kami WUBSA.
Kami amat teruja dengan cara YB menampilkan diri selaku pemimpin yang cemerlang. Semuga kehadiran YB hari ini akan dapat sedikit sebanyak menambah semangat kepada kami disini..
Maklum lah kami di Shah Alam ni dah lah kalah Parlimen, dua2 DUN pun kalah. Jadi cabaran kami berganda-ganda besarnya dari Parlimen & DUN yang menang seperti di tempat YB.
Hadirin para jemputan, perwakilan dan pemerhati sekalian
Selaku salah seorang pengerak parti keramat ini, kami amat menyedari bahawa Parti yang kita kasihi ini sedang menghadapi cabaran yang cukup getir. Getirnya ialah apabila kita menghadapi pelbagai cabaran dalam memperkukuhkan kedudukan kita di hati rakyat khususnya Orang Melayu. Andaikata kita gagal mendapat tempat di hati orang Melayu dan masyarakat lain, bagaimanalah pula kita mengimpikan untuk menjadikan Parti Keramat ini menjadi Pengemudi negara ke arah merealisasikan negara maju menjelang 2020.
Saya yakin dan percaya, bahawa sekarang ini kita bersama-sama terpaksa menghadapi pakatan pembangkang yang akan dan terus memanipulasi setiap isu pada setiap saat dan detik untuk kepentingan politik sempit mereka.
Dalam menghadapi Tiga cabaran besar yang sedang menanti kita, maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai Petugas, pekerja dan pemimpin parti untuk memastikan UMNO menjadi sebuah wadah yang senantiasa segar dan dinamik, hinggakan pada satu tahap kita menjadi Parti yang sentiasa didengari, didekati dan dirindui selalu.
Penampilan parti dalam bentuk yang segar dan dinamik adalah jawapan kepada sikap rakyat yang semakin kritikal dalam menentukan jenis pemimpin yang akan memimpin mereka.
Para perwakilan yang di rahmati Allah sekalian
Memetik kepada ucapan saya di perhimpunan Agung UMNO dimana saya adalah penyokong kpd ucapan dasar Ketua Wanita Malaysia
Untuk menjadikan wadah perjuangan kita satu realiti, Pergerakan Wanita UMNO ingin mencadangkan untuk UMNO mempelopori Budaya TARI dalam kehidupan seharian dan berpolitik kita. TARI terbit dari patah-patah perkataan iaitu T ialah Taat, A ialah Akrab, R pula RELA sementara I pula ialah Ikhlas.
Bagi memudahlan kita menghayati maknanya, izinkan saya merumuskan kepada petikan ini ” Kita mestilah TAAT kepada pemimpin dan Parti dalam perlaksanaan tanggungjawab serta melaksanakan khidmat secara AKRAB kepada mereka yang kita dampingi dan perlu RELA berusaha dan menyumbang dengan IKHLAS agar khidmat kita mendapat kebarkahan dari Allah swt,.”
Jika ini kita lakukan dan kita budayakan konsep TARI ini dalam kehidupan seharian kita sebagai orang UMNO, maka rakyat akan mudah untuk memahami konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
Justeru itu, pada hari yang mulia ini, saya sangat-sangat berharap agar kita memantapkan barisan kita bukan untuk mencari kemegahan dalam parti, bukan untuk mencari kekayaan dalam parti, tetapi senantiasa AKRAB dengan berdampingan bersama rakyat agar kita benar-benar dapat menterjemahkan slogan ”Rakyat Didahulukan”. Dengan sedemikian, saya yakin dan percaya, rakyat akan dapat menilai gaya kepimpinan yang ditonjolkan oleh UMNO.
Para perwakilan seterusnya hadirin hadirat sekalian
Tanpa kerjasama dan kesepaduan yang utuh mana mungkin panji2 UMNO dapat dikibarkan, mana mungkin lambang parti Melayu dapat berdiri megah.
Tetapi kadang2 saya merasa hairan, didalam program yang majoritinya penyokong UMNO, pemimpin dalamnya juga terdiri dari orang2 UMNO, tapi ada lagi orang yang masih tidak berani menyebut apatah lagi mengibarkan bendera UMNO didalam satu2 program. Kalau didalam program yang dijalankan pun kita tidak yakin dgn lambang kita sendiri bagaimana mungkin kita harapkan orang luar akan tahu program itu adalah inisiatif dari orang2 UMNO.
Didalam keadaan kita yang tengah nazak ini, saya rasa setiap dari kita perlu menzahirkan apa sahaja. Denyut nadi rakyat dan denyut nadi orang melayu mesti kita rasai… Jangan kira pemimpin atasan, peringkat bahagian mahupun peringkat cawangan…saya rasa selaku ahli UMNO semua mempunyai peranan yang tidak boleh dipandang mudah.,…
Hadirin sekalian
Menyedari pentingnya peranan kita selaku pemimpin diakar umbi ini, maka kita perlu menenguk dan menepuk dada sendiri.
Adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk anak bangsa kita…
Adakah kita telah merencana kerja menjurus kearah kemenangan PRU ke 13 nanti… kerana hadirin sekalian.. orang hanya boleh mencadang, memberi jalan, menyusun gerak kerja untuk kita, tetapi sekiranya kita selaku penggeraknya tidak melaksanakannya maka harapan akan tinggal harapan nampaknya,
Kita tidak mahu hanya jadi penonton yang akan balik apabila pertunjukan selesai sahaja.
Kita tidak mahu UMNO diumpamakan seperti Parti Primadona… Menang sorak kampung tergadai. Menjayakan program untuk syok sendiri sahaja, membuat agenda politik yang tidak menunjukkan hasil dan tidak mencapai matlamat penganjuran dan lain-lain
Hendak tak hendak itulah yang telah dialami oleh parti BN pada PRU ke 12 yang lalu… kerana terlalu yakin dan jentera dan pengundi sendiri mengambil sikap tidak bersungguh2 akhirnya… kita kecundang…
PRU ke13, akan mendatang sedikit masa lagi … apa kah jentera BN telah bersedia..
Kalau melihat kepada statistic gerak kerja Jalinan Rakyat atau K-10…. Rasanya kita masih perlu berkerja kuat.
Tetapi percayalah hadirin hadirat sekalian, selagi Allah tidak kita tinggalkan, selagi Allah menjadi tujuan kehidupan, kita diajar supaya redha di atas ketentuan, sabar diatas dugaan dan sentiasa bersyukur walaupun hanya dengan sedikit pemberian.
Hadirin sekalian
Setahun lalu, saya telah memaklum dan mencadangkan format baru didalam menggerakan JR di parlimen Shah Alam iaitu mengkategorikan pengundi mengikut umur seperti umur 40 tahun ke atas lelaki dipantau oleh pihak cawangan, wanita atas 35 dipantau oleh Wanita, pemuda bawah 40 adalah tanggungjawab pemuda sementara wanita bawah 35 tahun menjadi tugas puteri untuk memantau kecenderungan meraka.
Matlamat format ini digunapakai adalah supaya touching yang lebih, dan konsep man to man marking dapat kita realisasikan
Tetapi setelah setahun berlalu, kami dapati format itu tidak boleh direalisasikan... dan atas sikap tanggungjwb kami galas semula tanggungjwb tsbt. Kalau kami biarkan ditakuti apabila tiba PRU13 nanti, hanya pengundi wanita sahaja yang telah dikenal pasti.
Gerak kerja hari ini hadirin sekalian, kita tidak boleh pakai Bull Doz shj. Kita tidak boleh membuat kerja secara rawak sahaja. Kita kena kenal pasti siapa pengundi kita, siapa pengundi mereka. Jika kita gagal mengenal pasti siapa pengundi kita bagaimana mungkin jentera perayu undi dapat menjemput mereka rumah kerumah pada hari pilihanraya kelak…. Politics is the game of numbers. Kalau kita Kalah satu kita tetap akan kalah… kita tidak mampu untuk kalah hadirin sekalian.
Sehingga kini di Parlimen Shah Alam kami mempunyai 78704 pengundi dan dari jumlah tersebut 52277 orang adalah pengundi melayu iaitu 66% . Dan dari jumlah tersebut DUN Kota Anggerik mempunyai 26644 pengundi melayu Sementara DUN Batu Tiga pula 25633 pengundi Melayu. Berapa banyak telah dibanci… sehingga kini kita telah mengenal pasti ………?
Hadirin hadirat sekalian
Gerak kerja perlu diteruskan…Jika kita tidak bangkit dari sejarah semalam, bagaimana mungkin kita boleh mencipta sejarah hari ini, hadirin sekalian. Oleh itu ayuh…. Kita tidak mahu sejarah Hitam Pilihanraya Umum ke 12 di Shah Alam khasnya dan negeri Selangor umumnya menjadi mimpi ngeri untuk kita didalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
Hadirian Para Perwakilan yang di rahmati Allah sekalian,
Walau kita mungkin tidur di katil yang lain, mimpi pun mungkin lain-lain, tetapi biarlah penceritaan dari hasil mimpi itu adalah sama.
Kerana kita percaya kekuatan Pergerakan Wanita UMNO bukan sahaja apabila mereka kuat kepada akar umbi Wanita UMNO sahaja, tetapi mestilah mampu mengurus perjalanan dan hala tuju kepimpinan wanita didalam parti komponen yang lain
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia telah melancarkan slogan kami iaitu WANITA NADI RAKYAT. Slogan yang dicipta ini bukannya indah untuk disebut dibibir sahaja, tetapi ianya datang dengan matlamat dan azam dan ia juga membawa isyarat atau siren kepada semua, betapa pentingnya kami kepada Negara yang tercinta ini,
Pentingnya wanita itu, kerana tanpa kami bagaimana parti ini dapat terus bernafas. Kita umpama tulang belakang kepada parti. Pengerak dan perlaksana yang paling ekfektif dan produktif. Rasanya peranan wanita tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Lebih-lebih wanita adalah dengan izin “Vote delivery System” atau “Sistem Menyampai / Menghasilkan Undi” di mana-mana Pilihanraya.
Oleh itulah maka apabila wanita ingin memperjuangkan hak kita, ianya tidak boleh dianggap mudah dan diambil secara sambil lewa sahaja. Kita sama-sama dapat mendengar betapa nyaringnya YB Ketua Wanita Malaysia menyuarakan hasrat supaya kuota wanita sebanyak 30% dipenuhi.
Apabila memperkatakan tentang kouta 30% wanita ini, maka kita berharap agar pucuk pimpinan dapat menafsirkannya secara menyeluruh. Bukan hanya untuk mendapat tempat sebagai wakil2 rakyat sahaja tetapi lebih kepada menempatkan wanita diberbagai bidang contoh terdekat meletakan nama wanita didalam carta organisasi bhg dan dun2. Wanita bukan shj mampu mengepalai JR dan Gerak Mesra shj Dato.. tetapi jika diberi peluang kita mampu mengepalai lebih dari itu. Malah JK bahagian untuk dimasa yang akan datang diharap lebih ramai calon wanita dapat diberi mandat dan dipilih... kerana kita percaya wanita mampu membantu bahagian kearah kecemerlangan...
Saya amat berharap janganlah jadikan kami sebagai pesaing tetapi jadikan kami sebagai sahabat. Kami akan bantu bahagian dan calon2 kita untuk menang PRU13.
Kami tidak berhasrat untuk menjadi kaduk naik junjung.. kami tidak berhasrat menjadi lebih sudu dari kuah... kami jalankan peranan kami sejajar dengan peranan yang diberikan.
Jangan hendaknya ada dikalangan kita takut dengan bayang2... bukan menjadi iltizam dan matlamat kami untuk mencerca merbakan parti keramat ini
Saya ingin menyeru kepada semua Ketua2 wanita cawangan2... jangan jadikan ketua2 cawangan, ketua2 pemuda dan ketua2 puteri cawangan2 sebagai lawan... jadikan mereka sebagai kawan. Seperti hubungan saya dengan Ketua Bahgaian. Saya selalu meminta pandangan beliau selaku Ketua Bahagian, dalam apa shj perkara. Tak rugi sahabat2 sekalian... kita hidup didalam satu acuan yang sama... Biarlah kita berdiri sama tegak duduk sama rendah...
Dan kita sesama wanita hendaklah berharmoni, berbaik sangka, jangan jadi gunting didalam lipatan, jangan cepat melatah apb ada orang cuba meracuni pergerakan kita. Kita kena berdiri teguh bersama. Sikap Ukhuwah dan setiakawan perlu ada.. Jika tidak bagaimana mungkin hasrat Dato Seri Sharizat akan tercapai.
Jadikan diri kita seperti lidi penyapu.... jika dengan satu lidi kita tidak akan boleh buat apa2 kecuali sebagai pencukil gigi atau pencucuk satay... Tetapi dengan sebekas lidi kita akan mampu membersihkan laman yang luas.
YBhg dato ketua Bhg serta hadirin hadirat sekalian
Dikesempatan ini dan dihadapan semua ingin saya nyatakan bahawa kami Pergerakan Wanita di Bahagian Shah Alam amat berbangga mempunyai seorang ketua bhg, naib ketua, timbalan dan semua kepimpinan bhg yang begitu memahami hasrat dan perjuangan pergerakan wanita… kami berjanji akan bergerak seiring.. bahu membahu bersama kearah kecemerlangan UMNO Bhg Shah Alam yang lebih mantap.
PULAU JERJAK PULAU MALUKU
TEMPAT MANDIAN SI DAYANG-DAYANG
JIKA KITA TERUS BERSATU
KERJA YANG SUSAH KAN JADI SENANG
Hadirin hadirat sekalian
Selaku ketua pergerakan wanita bhg, Izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Naib Ketua, Pen Setiausaha, Ketua Penerangan, Pen Bendahari dan 20 orang AJK serta 76 orang ketua2 wanita cawangan dan barisan kepimpinan wanita cawangan2 serta ahli2 wanita diseluruh Shah Alam yang telah sudi berdiri bersama-sama saya dalam saya menerajui kepimpinan WUBSA, sepanjang tiga tahun ini. Tanpa mereka semua tak kan mungkin terlaksana dan terpikul tugas berat ini.
Doakan lah semuga hubungan baik kita semua akan diberi jalan yang lurus oleh Allah, dan doakan lah agar gerakan kita dibawah payung UMNO dan BN ini akan mendapat kebarkahan illahi, insyallah.
Memang benar kata orang. Memang sukar menjadi pemimpin kerana bukan senang nak cakap serupa bikin.
Hadirin sekalian
Begitu banyak sekali cabaran yang sedang menanti kita di hadapan. Kesemua cabaran ini menuntut kita semua supaya mempersiap-siaga jiwa dan raga dalam mengemudi bahtera perjuangan ini.
UMNO adalah lambang kepada bahtera perjuangan bangsa yang sanggup meredah badai dan ombak bagi mengkabulkan Melayu Glokal yang sanggup bersaing dimana sahaja.
Sehubungan dengan itu, menjadi kewajipan kepada semua peggerak UMNO di semua peringkat sama ada sebagai pemimpin atasan, pemimpin bawahan, orang lama, orang baru, penyokong dan pecinta parti mesti memainkan segala macam peranan untuk memastikan semua kerusi DUN dan Parlimen kita akan pertahankan kemenangannya sampai bila-bila.
Dalam perjuangan besar ini tidak ada tempat kepada mereka yang kerdil jiwanya. Kita mengharapkan dengan mengekalkan kemenangan yang sedia ada, akan mencetuskan kemenangan besar iaitu PRU 13, seluruh negeri akan kembali kepada UMNO dan BN.
Dampingilah masyarakat, beri bantuan kepada mereka yang memerlukan, merendah diri wahai sahabat dan berterusan membuat kerja-kerja parti dan penerangan yang betul dan tepat, Insya Allah rakyat sayang, parti menang.
Hadirin sekalian
Ditahun ketiga ini sekali saya bagi pihak pergerakan wanita memohon kema’afan seandainya ada salah laku ahli-ahli saya dimana2 samaada diperingkat bhg, DUN, PDM atau di peringkat cawangan. Ma’afkanlah kami, sesungguhnya sebagai insan yang kerdil Pergerakan Wanita Shah Alam ini, akan cuba lakukan sebaik dan semampu kami… semuga apa yang kami lakukan dapat di terima oleh semua pihak.. Tegur2 lah mana yang kurang… Insyallahh… kami akan sentiasa bersedia baiki yang lemah dan kurang itu.
Akhirnya.. terima lah 3 rangkap pantun penutup dari KWUBSA ini:-
Harum SiKantan menjadi Penyengat
Bunga Melati bagi Penyeri
Kehadiran tuan/puan menjadi semangat
Untuk kami Meneruskan Agenda Pertiwi
Wanita UMNO gagah perkasa
Tulang belakang peranannya
Wanita Perkasa UMNO Berjaya
Tanpa UMNO Siapalah kita
Bendera UMNO Warisan Pusaka
Perjuangan Berkat Ujian Di Redha
Kembalikan Shah Alam Ke Pangkuan Kita
Wanita Berazam Yakin Berjaya
Sekian, Wabilahi taufik ….