Saturday, 12 November 2011

Dakwaan pembangkang mengenai NFC adalah satu agenda politik – Shahrizat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dikaitkan dengan anggota keluarganya merupakan satu agenda politik oleh pihak pembangkang.
Shahrizat berkata dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah berbohong mengenai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada projek NFC melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak benar.
“Serangan ini merupa percubaan daripada pihak pembangkang untuk melemahkan semangat saya. Saya rasa isu NFC ini telahpun dijawab dengan panjang lebar oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar,” katanya.
Pembangkang bukan berminat terhadap isu NFC tetapi menggunakan isu NFC untuk menyerang dirinya selaku Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Raja’ah: Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa Dari 1950an-2011 di Balai Seni Visual Negara.
“Perkara pokoknya ialah Noh Omar dah jawab mengenai isu berkenaan dan saya rasa gembira kerana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memantau kejayaaan projek itu,” katanya.
“Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata,” katanya.
Shahrizat berkata beliau juga gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu.
“Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita UMNO, dan juga pengerusi Wanita BN,” katanya.-9/11/2011

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Wanita UMNO Bahagian Shah Alam(WUBSA) tidak bertanggung jawab keatas sebarang komen yang tidak memberi sebarang makna atau yang memburuk-burukan keperibadian seseorang juga yang menguris perasaan orang lain.oleh itu WUBSA berhak menghapuskan mana-mana komen seperti yang dinyatakan atau yang seumpama dengannya seberapa segera tampa memberi maklum kepada Penulis komen.

Dengan erti kata lain! Anda buat anda yang harus bertanggung jawab baik dengan undang-undang akhirat mahupun dunia

Hubungi Penulis Blog WUBSA di-wubsa2011@gmail.com

Harap maklum

Sekian terima kasih
....................
Dari moderator WUBSA
Assalamualaikum