Wednesday, 30 November 2011

Pembangkang Terdesak, Tandus Isu Terpaksa Serang Peribadi Wanita

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ketua Wanita UMNO bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof berkata, pembangkang bukan sahaja sudah ketandusan isu, malah amat takutkan semangat dan kebangkitan Pergerakan Wanita dalam membantu parti memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Oleh sebab itu, mereka mula mengatur strategi menyerang peribadi Wanita terutamanya Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Katanya, pembangkang mula sedar akan ancaman daripada keberkesanan progam Jalinan Rakyat dan Skuad sayang. inilah ancarama besar kepada mereka.
“Sebab itu mereka cuba menyekat pergerakan Wanita. Pembangkang berpendapat, sekiranya mereka tidak melumpuhkan pergerakan Wanita, mungkin mereka akan tewas dan dalam UMNO, kalau kita (pembangkang) nak ‘bunuh’, kita bunuh Pergerakan Wanita dulu sebab Pergerakan Wanita sangat aktif dan rajin, setia menjalankan tanggungjawab yang diberi. Sebab itu mereka mensasarkan wanita sebagai agenda melemahkan UMNO.



“ Sebab itu mereka mula menyerang peribadi ketua Pergerakan Wanita dengan pelbagai fitnah. Contohnya, dalam satu sesi ceramah di Trong, Perak, Bekas Menteri Besar Perak telah menfitnah kononnya pakaian dalam Datuk Sri Shahrizat berharga RM26 ribu. Ini kita mempunyai bukti kukuh. Kita ada rakaman mengenai dakwaan ini.
“Inilah bukti sebenarnya pembangkang sudah ketandusan isu. Disebabkan bimbang dengan semangat gelombang merah, mereka serang Wanita habis-habisan. Tetapi jangkaan mereka tersasar. Kita Wanita tidak akan pernah berganjak daripada terus memberikan sokongan kepada Datuk Seri Shahrizat seterusnya parti,” ujarnya lagi ketika ditemui selepas menjadi jurucakap usul di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di PWTC.
Selain itu katanya, Bantuan duit RM100 yang telah diagihkan kepada semua pelajar juga tidak ketinggalan menjadi fitnah pembangkang.

“Pemberian bantuan ini banyak mengubah pandangan rakyat terhadap BN. Selepas perkara ini dibentangkan di Parlimen, pembangkang mula menjalankan strategi untuk memaklumkan kepada masyarakat bahawa Bajet ini adalah Bajet pancing undi. Tidak mungkin kerajaan persekutuan boleh menunaikan perkara ini.
“Namun ternyata kenyataan pembangkang memburukkan kerajaan pusat tidak tercapai apabila BN mengotakan janji. Janji-janji pembangkang pula masih gagal menunaikan janji yang mereka buat pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Mereka harus sedar, mereka masih terlalu ‘banyak hutang’ dengan rakyat,” ujarnya lagi.
Tegas beliau pembangkang sebenarnya mula berasa gerun dan goyah melihat kerajaan nenunaikan satu persatu janji yang telah dilafazkan. Ini semua telah banyak menukar persepsi rakyat terhadap UMNO dan BN sendiri.
Oleh itu, katanya, semua ahli Wanita harus bersedia berhadapan dengan strategi pembangkang dalam menghadapi PRU akan datang.
“ Seperti kata Perdana Menteri, ‘azan’ pertama dah berkumandang menandakan pilihan raya sudah semakin hampir. Sekarang hanya menantikan ‘azan’ kedua. Kita perlu lebih agresif untuk berhadapan dengan pembangkang,” jelas Habibah. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Wanita UMNO Bahagian Shah Alam(WUBSA) tidak bertanggung jawab keatas sebarang komen yang tidak memberi sebarang makna atau yang memburuk-burukan keperibadian seseorang juga yang menguris perasaan orang lain.oleh itu WUBSA berhak menghapuskan mana-mana komen seperti yang dinyatakan atau yang seumpama dengannya seberapa segera tampa memberi maklum kepada Penulis komen.

Dengan erti kata lain! Anda buat anda yang harus bertanggung jawab baik dengan undang-undang akhirat mahupun dunia

Hubungi Penulis Blog WUBSA di-wubsa2011@gmail.com

Harap maklum

Sekian terima kasih
....................
Dari moderator WUBSA
Assalamualaikum