Bismillah..
Alhamdullilah hirab bi alamin
Wassola tu wassalamu ala asyrafil ambiya
Iwalmursalin waala alihi wasabihi ajmain
Yg dihormati yg berusaha Puan Pengerusi Majlis
Yg dihormati Tn Hj Hamsan Saom Pengetua SMK Setia Alam
Tn Asmui Khairul Guru Besar SK Setia Alam
En Hasannizamm YDP PIBG SMK Setia Alam
Datin Sabariah Idris PK Pentadbiran SMK Setia Alam
En Mohdamad Mohamad Said PK Kokurikulum SMK Setia Alam
Guru-guru SMK dan SK Setia Alam
Ibu-Ibu Bapa-Bapa dana pelajar2 yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikum…
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dipertemukan dalam MAJLIS PEMBERIAN INSENTIF RM100 KPD MURID, ini juga adalah merupakan majlis penyampaian sumbangan untuk persediaan persiapan persekolahan bagi tahun 2012 oleh kerajaan Malaysia seperti mana yang diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Terlebih dahulu, saya ingin menyampaikan salam Ybhg Dato Hj Ahmad Nawawi Penyelaras BN Parlimen Shah Alam dan En Kamaruddin Ahmad Penyelaras BN Dun Kota Anggerik, yang tidak dapat hadir kerana pada masa yang sama mereka juga sedang menghadiri program sebegini di sekolah yang lain.
Untuk makluman tuan2 dan puan2 sekalian pada hari ini sahaja sebanyakb 14 venue untuk 34 sekolah rendah dan menengah dan esok 17hb ada 4 venue untuk 12 lagi sekolah menengah dan rendah diseluruh Parlimen Shah Alam menganjurkan majlis yang serupa. Saya bagi pihak mereka ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penganjur majlis kerana sudi menjemput kami bagi menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan ini.
Tuan2 dan puan2 sekalian
Ybhg Dato mengucapkan tahniah kepada pihak Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang telah berjaya menghimpunkan pelajar-pelajar dengan baik dan tersusun dan menyelaras dengan sempurna hasrat kerajaan Malaysia untuk menyampaikan sumbangan secara terus kepada ibu bapa pelajar-pelajar, walau pun tempuh diberikan agak singkat. Namun tugasan ini telah berjaya digalas dengan baik dan penuh komitment oleh mereka yang terlibat.
Untuk makluman semua untuk program ini sahaja kerajaan telah berbelanja sebanyak rm560 juta ringgit khas untuk disalurkan kepada semua pelajar dari darjah satu sehingga ke tingkatan lima diseluruh negara. Penganjuran program penting ini adalah bukti bahawa kerajaan pimpinan DS Najib tidak hanya pandai cakap tetapi mampu untuk merealisasikan apa yang di nyatakan, tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meringankan beban ibu bapa dalam penyediaan persiapan persekolahan anak-anak bagi tahun 2012.
Sesungguhnya hadirin hadirat sekalian
Langkah memberikan sumbangan oleh Kerajaan Persekutuan pada hari ini membuktikan bahawa pihak Kerajaan Persekutuan amat perihatin akan keperluan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bersesuaian dengan konsep 1Malaysia iaitu Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.
Pihak kerajaan sentiasa dari semasa ke semasa berusaha untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik untuk rakyat. Maka itu, sokongan padu dari semua pihak amat diharapkan untuk merealisasikan dan melestarikan hasrat murni ini. Tanpa sokongan yang berterusan adalah mustahil perancangan kearah penyediaan kepada pendidikan yang terbaik dapat dilaksanakan untuk rakyat keseluruhannya.
Tuan2 dan puan2 hadirin hadirat sekalian
Dunia hari ini serba mencabar. Lebih-lebih lagi dalam mengharungi era globalisasi dan liberalisasi, kita tidak dapat mengelak daripada pengaruh-pengaruh luar yang adakalanya memberikan impak yang negatif, khususnya kepada golongan muda termasuklah para pelajar. Gejala-gejala sosial ini, adalah amat membimbangkan dan dikhuatiri akan menjejaskan proses melahirkan pelajar yang cemerlang yang merupakan pelapis kepimpinan Negara yang akan datang.
Saya yakin pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil pelbagai langkah bagi membendung gejala ini agar tidak berleluasa. Dalam hal ini, pihak sekolah melalui kerjasama PIBG dan pengawas-pengawas sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan para pelajar terbimbing mengikut acuan yang positif.
Hadirin hadirat sekalian
Peranan mendisiplinkan pelajar bukan semata-mata tanggungjawab pihak sekolah, tetapi juga ibu bapa dan ahli masyarakat. Selain menjadi ‘role model’ kepada anak-anak, keperluan emosi mereka perlu dipenuhi memandangkan kebanyakan pelajar yang terlibat dengan gejala sosial adalah terdiri daripada mereka yang kurang mendapat kasih sayang, tidak diberi perhatian yang sewajarnya, menghadapi tekanan perasaan yang boleh mengganggu emosi mereka. Oleh itu, semua pihak haruslah memberikan kerjasama yang erat.
Pemimpin datang dan pergi. Warga belia termasuk pelajar, merupakan pelapis yang akan menggantikan pemimpin yang ada sekarang. Anak-anak sekelian, merupakan generasi yang menentukan pencapaian matlamat wawasan negara. Oleh itu, perkasakanlah diri anak-anak melalui penguasaan pelbagai kemahiran dan pengetahuan di samping meningkatkan sahsiah dan etika diri agar dapat menggalas tanggungjawab sebagai rakyat dan pemimpin negara yang cemerlang.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pelajaran Selangor dan warga kerja pihak sekolah yang terdiri daripada pegawai-pegawai, pengetua-pengetua, guru besar, guru-guru serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan jayanya.
Kerana sedar lah hadirin sekalian, walau pun kerajaan merancang untuk membuat yang terbaik untuk rakyat tetapi jika kita selaku pelaksananya gagal maka akan gagal lah niat yang baik tadi. Oleh itu wajarlah pihak sekolah diberi kredit diatas kejayaan dan keberkesanaan matlamat kerajaan ini.
Semuga matlamat penganjuran program ini oleh Kerajaan Persekutuan dapat dirasai oleh semua rakyat dan mesej ini tidak di akan dimanupulasikan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab dgn harapan agar Negara menjadi kucar kacir. Semuga jumlah yang tidak besar ini dapat membantu serba sedikit tuan2 dan puan2 dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak masing-masing.
Kepada pelajar2 kami ucapkan Selamat bercuti dan juga yang amat penting Selamat menempuh alam Persekolahan 2012, dengan azam dan tekat yang lebih, jadilah warga Negara dan anak-anak yang boleh dibanggakan. Dan esok keputusan UPSR akan diumumkan, saya doakan anak2 yang akan menerima keputusan esok, Berjaya dan dapat menjadikan keputusan tersebut sebagai langkah seterusnya untuk kejayaan yang lebih cemerlang dimasa yang akan datang.
Sekian,
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum,Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Wanita UMNO Bahagian Shah Alam(WUBSA) tidak bertanggung jawab keatas sebarang komen yang tidak memberi sebarang makna atau yang memburuk-burukan keperibadian seseorang juga yang menguris perasaan orang lain.oleh itu WUBSA berhak menghapuskan mana-mana komen seperti yang dinyatakan atau yang seumpama dengannya seberapa segera tampa memberi maklum kepada Penulis komen.
Dengan erti kata lain! Anda buat anda yang harus bertanggung jawab baik dengan undang-undang akhirat mahupun dunia
Hubungi Penulis Blog WUBSA di-wubsa2011@gmail.com
Harap maklum
Sekian terima kasih
....................
Dari moderator WUBSA
Assalamualaikum